• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

THT Kekal Cabar Pendahulu Liga

KUALA TERENGGANU, 19 Mac- Pasukan Hoki Terengganu (THT) mudah menewaskan TNB Thunderbolts (TNB-T) 5-0 dalam aksi TNB Liga Hoki Malaysia 2022, sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Batu Burok, THT bermula garang namun sukar untuk menembusi gawang TNB-T.

Tuan rumah mendapat tujuh pukulan sudut penalti pada suku pertama dan kedua perlawanan, namun gagal menembusi kubu pelawat.

Bagaimanapun, penyerang pasukan ,Faizal Saari menamatkan kegusaran penyokong apabila berjaya meledak jaringan pertama hasil serangan balas pada minit ke-26 bagi meletakkan THT selesa di depan pada separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, THT tidak menunggu lama untuk menambah jaringan, Faizal sekali lagi meledak gol pada minit ke-32 untuk kedudukan 2-0.

THT kemudian menambah gol menerusi jaringan padang Muhammad Noor Firdaus Rosdi hadil umpanan Nabil Fiqri Mohd Nor pada minit ke-49 untuk gol ketiga perlawanan.

Tuan rumah tetus menambah duka TNB-T dengan Faizal sekali lagi melebarkan jurang melalui jaringan keempat pada minit ke-55.

Memasuki babak terakhir, TNB-T akhirnya berjaya mendapatkan gol saguhati menerusi Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamasul pada minit ke-59.

Kemenangan hari ini membolehkan THT terus merapatkan jurang dengan pendahulu  liga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan perbezaan satu mata.

Selasa ini, THT akan bertemu TNB dalam aksi terakhir liga, sekaligus menjadi perlawanan penentuan juara TNB Liga Hoki Malaysia 2022.

Sebahagian penyokong Terengganu yang hadir memberi semangat kepada pasukan.

 


Tag: