• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Tidak Pernah, Tidak Akan Sertai Pas


Bekas Ketua Hakim Mahmakah Syariah, Dato' Ismail Yahya 

Bila pulak. Dini hari tadi saya terbaca beberapa WhatsApp yang saya gi ke Fastaqim. Walhal saya di KL sejak 26 September lagi. Ada program UU dan Syariah hingga 28 September.
Pada 28 September itu juga anak kedua saya masuk wad di Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, kerana masalah batu karang.
Sabtu kelmarin operation membuang hempedunya telah dijalankan. Saya masih di KL menunnggu dia ‘discharge’. Ikut orang tak ada akhlak menfitnah rosak binasa kita. Pembuat fitnah mereka tak takut dosa.
Berbohong dah jadi asam garam kehidupan mereka.
Tanpa asam garam mereka tidak boleh hidup. Buruk sangka juga tetap di dada mereka.
Mereka perlukan itu semua semata-mata nak kan kekuasaan, jelasnya dalam satu kenyataan.

Bekas Pengurus Besar Ketengah, Dato' Wan Mat Amin Wan Daud

Saya menafikan sama sekali dakwaan bahawa menyertai Pas atau akan menyertai Pas.
Peliklah, bagaimana pihak itu boleh menyatakan saya menyertai Pas dan akan muncul dalam program anjuran Pas itu.
Saya cukup kesal dan menafikan sekeras-kerasnya fitnah itu.
Macam mana saya hendak ke Fastaqim sedangkan saya dan keluarga sedang bercuti di Indonesia iaitu sejak Rabu lalu lagi sudah bertolak ke Indonesia, jelasnya kepada wartawan Teganukita/TIT.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato' Dr Aziz Deraman

Saya menafikan sama sekali khabar itu dan ia suatu fitnah ke atas saya yang tersebar dalam laman sosial bahawa saya akan menyertai Pas.
Tidak ada sebab untuk orang ramai mempercayai fitnah kerana ia sengaja ditimbulkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat tidak baik untuk hangatkan program parti itu.
Semua khabar angin itu tidak benar. Saya mengutuk sekeras-kerasnya orang yang memulakan viral fitnah besar itu.
Ia sangat tidak betul dan kerja ‘orang gila', katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.

Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Encik Zakaria Hussin

Saya menafikan sama sekali pembabitan dalam sebarang parti politik Pas.
Saya kini hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan peluang untuk beribadat di tempat tinggal kami sekeluarga di Mak Lagam Kemaman dan amat bahagia dengan kehidupan kini selepas bersara pada 25 April 2015 yang lepas.
Saya terkejut dengan tular berkenaan yang diterima sendiri melalui aplikasi WhatsApp malam tadi, sehingga ada rakan yang menghubungi saya perihal perkara itu. Pada mulanya saya terkejut, namun dalam dunia teknologi maklumat kini manusia sewenang-wenangnya melontarkan fitnah tanpa batas, saya rasa ianya tidak perlu dilayan.
Bagaimana pun saya segera memberi respon balas untuk membela diri saya dalam kumpulan whatsapp malam tadi bahawa saya tidak berhasrat pun menyertai parti politik. Saya lebih tenang melayan cucu-cucu di rumah selain membuat tumpuan kepada amal ibadat harian, katanya kepada wartawan Teganukita/TIT.
Demikian respon yang diberikan susulan penularan fitnah menerusi media sosial yang membariskan mereka sebagai antara nama-nama tokoh besar negeri yang bakal menyertai Pas sempena Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September lalu.

Tag: