• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Tidak Pilih Kasih Hulur Bantuan



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 12 Februari – Semua bentuk bantuan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan dan tidak wujud isu pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang, ujar Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman

Katanya, dakwaan sesetengah pihak di DUN berkenaan bahawa nama mereka dinafikan  daripada terus menerima bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) serta  agensi berkaitan apabila dikesan bukan menyokong kerajaan adalah tidak tepat.

Pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak diberikanadalah mengikut syarat kelayakan ditetapkan kerajaan negeri atapun persekutuan.

“Ada segelintir mendakwa dia sudah tidak mendapat bantuan lagi dibawah kerajaan sekarang dan apabila kita siasat didapati bahawa ada yang tidak tahu bahawa ianya perlu dikemaskini setiap tahun, dan apabila datang berjumpa dengan kita, maka telah diterangkan secara jelas mengenai kedudukan sebenar, supaya tiada yang menjadikannya isu politik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, ketika Hari Bersama Pelanggan di peringkat DUN berkenaan, di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, semalam.

Katanya, hari bersama pelanggan yang diadakan itu telah berperanan menjadi pusat aduan yang efektif.

“InsyaAllah kita telah beri peluang kepada rakyat untuk mengadu apa sahaja masalah yang relevan untuk kita selesaikan serta menanyakan secara pasti setiap apa yang mereka kaburi, serta mengetahui segala jelas syarat ditetapkan oleh kerajaan samada pihak yang dah lama menerima bantuan ataupun baru hendak memohon.

“Apa jua hal berkaitan perlu dirujuk kepada pihak kerajaan, jangan ambil maklumat yang tidak pasti, serta dirujuk kepada pihak yang tiada autoriti atau mereka yang berkemungkinan boleh mencipta provokasi ataupun memanipulasikan isu,” ujarnya.

Tag: