• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Tiga Sekolah Masih Ditutup



Walaupun kebanyakan kawasan yang dinaiki air semakin pulih di Terengganu, tiga buah sekolah rendah di Setiu dan Hulu Terengganu bagaimanapun masih ditutup berikutan jalan utama dan kawasan sekolah yang ditenggelami air.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah terbabit  iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (SKKB) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Las (SKSL) di Setiu serta Sekolah Kebangsaan Getang, Hulu Terengganu.

Shafruddin berkata, tiga sekolah itu membabitkan seramai 317 orang murid dan 58 orang guru.

"Dua sekolah iaitu SKKB dan SKSL ditutup kerana jalan ditenggelami air sementara Sekolah Kebangsaan Getang air melimpahi kawasan sekolah," katanya ketika meninjau keadaan banjir di Kampung Besut, Setiu, petang ini.


Menurutnya, laluan untuk ke sekolah terbabit masih lagi merbahaya kepada kenderaan ringan.

Katanya, di SKKB beberapa bangunan seperti kantin sekolah masih ditenggelami air, manakala kelas tidak terlibat.

Tag: