lightning-solid
Berita :
TNB Jayakan Program ‘Ceria Ke Sekolah’ Bersama 100 Murid
TNB Jayakan Program ‘Ceria Ke Sekolah’ Bersama 100 Murid
Amiirullah Mansor
07 Dec 25
62

DUNGUN, 7 Disember – TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) meneruskan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui penganjuran program ‘Ceria ke Sekolah’ yang melibatkan lebih 100 murid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka, baru-baru ini.

General Manager TNB Terengganu, Zillatulikrom Tamat berkata, program itu bertujuan meringankan sebahagian beban pelajar dalam persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu. 

"Program sebegini penting untuk memastikan murid-murid mendapat motivasi dan sokongan dalam pendidikan mereka. Walaupun bantuan mungkin nampak kecil, tetapi ia memberi impak besar kepada penerima," katanya.

593162360_1396820028473313_4547882251153779201_n.jpg 671.3 KB
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Ceria Ke Sekolah di Dewan Masjid Jamek Paka, Jumaat lalu.

Sehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahri Mamat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB kerana memilih DUN Paka sebagai lokasi pelaksanaan program ini.

"Kehadiran dan sokongan TNB jelas menunjukkan komitmen syarikatnya dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat serta memberi manfaat terus kepada rakyat," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa di Terengganu, pendidikan sentiasa diberi perhatian serius, khususnya memastikan tiada anak negeri ini terhalang daripada melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan.

 “Alhamdulillah, dengan sokongan pihak korporat seperti TNB, sedikit sebanyak beban keluarga dapat diringankan, sekaligus memberi semangat kepada murid untuk terus menimba ilmu,” tambah beliau. 

Program ‘Ceria ke Sekolah’ ini merupakan salah satu usaha TNB dalam membina hubungan rapat dengan komuniti setempat serta menyokong pendidikan sebagai asas pembangunan masa depan. 

591750309_1396820711806578_671740257441391591_n.jpg 685.09 KB


Tag :

Artikel Berkaitan