• 17 Apr 2024 | 8 Syawal 1445

TNB Keluar Zakat RM161,282.35 Kepada Maidam

Mohd Rashdi menyerahkan zakat perniagaan TNB berjumlah RM161,282.35 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Maidam, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kassim
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM161,282.35 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Penyerahan zakat itu dilakukan oleh Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Rashdi Ab Hamid kepada Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Mohd Rashdi berkata, pengguna TNB sekarang ini melebihi 8.9 juta dan antara faktor yang menyumbang ke arah pendapatan zakat ini.

Bermula tahun 1996 hingga tahun lalu, TNB telah mengeluarkan zakat untuk Terengganu sebanyak RM17.8 juta.

“InsyaAllah, sekiranya TNB terus berdaya maju, kita akan terus membayar zakat ini setiap tahun sebagaimana yang dilakukan sekarang," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.

Tag: