• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Tomislav Pengendali Baru Terengganu FC

KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Teka-teki individu yang akan mengambil alih peranan Nafuzi Zain sebagai pengendali Terengganu FC bagi musim 2023 terjawab apabilaTomislav Steinbruckner, 56, sah dilantik memimpin pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia dan Piala Asia musim depan, hari ini.

Pengendali berasal dari Croatia itu hadir ke Terengganu pada awal tahun ini untuk berperanan sebagai Ketua Pengarah Teknikal pasukan pada musim ini.

Menurutnya, beliau memahami keterujaan penyokong dengan prestasi pasukan musim ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik dalam mengekalkan status pasukan berkenaan.

"Musim depan, pasukan akan berdepan lebih banyak perlawanan dengan saingan liga, piala dan di peringkat asia.

"Kita berharap untuk melakukan pencapaian lebih baik dan dapat mengekalkan pencapaian musim ini, itu juga cukup bagus," katanya dalam sidang media di pejabat Terengganu FC Sdn Bhd, hari ini.

Tomislav memiliki lesen UEFA Pro berpengalaman mengendalikan pasukan di Liga Croatia iaitu NK Novigrad, NK Orsijek dan Bijelo Brdo.

Tomislav juga merupakan pengendali pasukan T-Team FC pada 2015 dan berjaya mengangkat bakat-bakat baru tempatan ketika itu antaranya Safawi Rasid, Arif Fadzilah dan Norhakim Hassan.

 


Tag: