• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Tomislav Steinbrückner Dilantik Pengarah Teknikal Terengganu FC

KUALA TERENGGANU, 3 Mac- Bekas pengendali pasukan T-Team pada 2015, Tomislav Steinbrückner dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab Terengganu Football Club (Terengganu FC), bermula musim 2022.

Sah memegang tampuk berkenaan, jurulatih kelahiran Croatia ini bakal menerajui kesemua struktur pasukan di bawah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB).

Tomislav berperanan sebagai pengurus di kelab Divisi kedua Croatia, NK BSK Bijelo Brdo sejak penghujung tahun 2019 sebelum melepaskan jawatannya Disember lalu, merakamkan rasa terima kasih kepada pengurusan Terengganu FC.

"Saya gembira kembali lagi ke Terengganu. Saya mahu mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat lagi di sini.

"Saya mengikuti perkembangan Terengganu FC beberapa tahun kebelakangan ini dan tahun ini, saya pasti kita akan melihat beberapa peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana kelab telah mendapatkan ramai pemain-pemain berkualiti untuk membantu pasukan ke peringkat tinggi," katanya kehitak dihubungi di sini, hari ini.

Kembali sebagai Pengarah Teknikal (TD), beliau melihat tugasan tersebut merupakan cabaran baru yang lebih besar baginya. 

"Saya selalu akan membuat yang terbaik, sekarang sebagai TD saya melihat falsafah bola sepak Nafuzi hampir sama dengan saya yang lebih gemarkan pemain muda, saya mengikuti cara kerjanya sebelum ini dan beliau seorang yang bagus serta masih muda.

"Saya tahu semua penyokong di Terengganu mengharapkan lebih. Tahun ini, saya di sini untuk membantu Nafuzi dan seluruh pasukan, saya berjanji untuk meningkatkan kualiti dan pencapaian pasukan ini ke peringkat tertinggi," katanya.

  

 


Tag: