• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan

KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Tour Gateh D'Tranung 2022 membuka tirai dengan 144 pelumba daripada 26 pasukan bersaing bagi peringkat pertama, hari ini.

'Flag Off' yang bermula di Pantai Batu Buruk itu disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadzil Wahab.

Peringkat pertama merangkumi laluan jambatan ikonik Terengganu, Drawbridge sebelum pecutan pertama di Kampung Merang, Setiu.

Perlumbaan peringkat pertama akan berakhir di Stesen Bas Jerteh dijangkakan sekitar jam 1.00 petang ini.

Terdahulu, Kejohanan Tour Gateh D'Tranung kembali dianjurkan Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2011.

Kejohanan dwitahunan itu dijangkakan bakal membuka lembaran baru penganjuran sukan berbasikal tempatan.


Tag: