• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin

Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Tengku Zainuddin Tengku Zahid.

Dalam majlis resepsi antara Tengku Faizal Ikhwan Tengku Zainuddin, 26, dan pasangannya Amalina Husna Abd Halim, 25, yang berlangsung di Regency Waterfront Hotel tersebut, lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.


Turut hadir memeriahkan majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.

Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, exco-exco kerajaan negeri turut memenuhi undangan majlis tersebut.


Sebelum itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sempat merasmikan Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi(PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada sebelah petang.

Sebelum berangkat pulang, Zahid sempat meraikan pasangan dua sejoli tersebut dengan memberi restu kepada kedua mempelai di majlis itu.

Tag: