• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

TPM Solat Tarawih Bersama 2,000 Jemaah Di Masjid Sultan Muhammad


Seramai 2,000 umat Islam memenuhi ruang legar Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, malam ini untuk menunaikan solat tarawih berjemaah bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

Jemaah sebelum itu menunaikan solat Isyak dan sebaik selesai solat sunat tarawih swrta witir yang diimamkan Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz, Ahmad Zahid bersama-masa pemimpin dan masyarakat setempat kemudiannya moreh di perkarangan masjid itu.

Turut serta, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi serta pemimpin setempat yang lain.

Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Ahmad Zahid  untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain untuk sepanjang Ramadan ini.



Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.

Ahmad Zahid yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang tadi, sebelum itu ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus bagi menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana.

Beliau kemudiannya berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat sebelum bergegas ke Masjid Sultan Muhammad.

Ahmad Zahid kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.20 malam ini.

Tag: