• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Trek Lingai Challenge Paling Mencabar




“Trek Kejohanan  Lingai Challenge 2017 paling mencabar berbanding enam perlumbaan berbasikal lasak yang disertai sebelum ini berikutan banyak kawasan berbukit perlu dilalui.

“Paling mencabar terpaksa meredah Bukit Menara Gong Lingai, kawasan semak, selain perlu menempuh alur sungai,” kata pemenang kategori  Heavyweight  Tuan Aminuddin Tuan Ngah, 31, dari Bukit Payong, Marang.

Katanya, bagaimanapun, nasib menyebelahinya  kerana tidak mengalami  kemalangan dan sebarang kecederaan ketika melalui pelbagai laluan berliku.

“Bukan mudah untuk menghabiskan trek perlumbaan sejauh 35 kilometer dengan jarak masa tidak kurang 4 jam.

“Saya mengambil masa kira-kira tiga bulan berlatih, pantang ada masa terluang, pasti akan bersama beberapa peminat basikal lasak mencari lokasi sesuai untuk berlatih,”katanya.

Tuan Aminuddin turut memberitahu, dia tidak pernah mengenal erti penat, yang penting nekad berusaha mendapat kedudukan terbaik  dalam setiap kejohanan yang disertai.

“’Alhamdullilah, apa yang diusaha itu berbaloi pada perlumbaan kali ini, selain mampu mencapai catatan masa terbaik sejak menyertai  beberapa siri kejohanan basikal lasak sebelum ini.

“Saya akan terus menyertai kejohanan seterusnya, sekiranya diberi peluang,”” katanya selepas menerima hadiah kemenangan pada  Kejohanan  Lingai Challenge 2017 di Gong Lingai Batu Rakit, hari ini.

Majlis penyampaian hadiah  disempurnakan Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Manakala  Flag Off disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tg Abd Jalil kira-kira jam 8 pagi.

Lebih 1,300 penggemar aktiviti berbasikal lasak mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi bagi  menyahut  kejohanan itu yang  menawarkan  hadiah menarik beserta cabutan bertuah  dengan nilaian keseluruhan hampir RM35,000.

Berdasarkan jumlah itu, 40 peserta adalah dari  Thailand, 4 orang dari Singapura dan seorang peserta dari Filipina.

 Sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu Men Open, Men Master, Men Veteran, Women Open, Fatbike, Junior Open, Heavyweight dan Terengganu Closed

Bagi kategori Men Open, Saufi Mat Senan memenangi tempat pertama  dikuti Muaz Abd Rahim (tempat kedua) dan Anuar Manan ditangga ketiga

Tag: