• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

KUALA TERENGGANU, 28 Julai- Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) berjaya menjuarai podium dalam Grand Prix Erciyes 1.2 dan Grand Prix Kayseri 1.2 di Turki, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, kejayaan Jeroen Meijer menduduki tempat pertama (Erciyes 2.1) serta Anatolii Budiak (tempat pertama) dan Metkel Eyob (tempat kedua) di Kayseri 1.2 merupakan keputusan positif bagi TSG dalam kejuaraan jelajah Eropah di negara itu kali ini.

“Sekarang TSG berkampung di Turkiye sehingga dengan baki dua perlumbaan iaitu Grand Prix Yahyali 1.2 (31 Julai) dan Grand Prix Velo Erciyes 1.2 (4 Ogos).

“Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik untuk perlumbaan seterusnya walaupun dijangkakan menerima cabaran sengit pasukan-pasukan berkelas dunia yang akan berkampung di Eropah untuk kejohanan seterusnya selepas Tour de France melabuhkan tirainya,” katanya.

Jelasnya, jelajah tersebut merupakan serampang dua mata bagi memperkemaskan persiapan TSG menghadapi Le Tour de Langkawi pada Oktober nanti.

Che Ku Izmuddin turut memaklumkan mengenai perancangan TSG untuk melebarkan sayap meneroka benua Eropah pada masa akan datang.

“Selepas berjaya menempatkan diri di siri jelajah Eropah di Turkiye tahun lalu, pada tahun 2023 kita akan cuba satu lagi tempat di Eropah di mana Sepanyol jadi pilihan kerana altitud dan perlumbaan di sana yang mampu meningkatkan kualiti pasukan secara keseluruhan,” katanya.

TSG kini memegang tahta selaku nombor satu Asia dan berada di kedudukan kedua terbaik bagi pasukan benua terbaik diantara 160 pasukan.

“Bagi kelompok benua, kita di belakang pasukan dari New Zealand. Walaubagaimanapun,  menjadi kebanggaan kita ada pasukan dari Malaysia yang mampu bersaing dengan pasukan dari eropah di peringkat dunia,” katanya.

 


Tag: