• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Tuah Kejar MB Terengganu

Dr. Samsuri menyampaikan hadiah kepada Rosdi dan Nurasyikin.
SERDANG, 30 November - Mohd Rosdi Roslan, 30 dan Nurasyikin Roslan, 28 tidak menyangka tindakan mereka mengejar Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar untuk berswafoto mengundang tuah.

Nurasyikin berkata, mereka berdua amat mengagumi pemimpin itu dan teruja dapat bertemu beliau  lebih dekat.

"Ketika itu, kami baru sahaja keluar dari Pavilion Terengganu dan melihat Dr. Samsuri beserta rombongan tiba di sana.

"Kami sempat berpatah balik mengejar beliau dan sempat berswafoto sebelum Menteri Besar masuk melawat Pavilion Terengganu," katanya ketika ditemui di sana, hari ini.

Nurasyikin bersyukur kerana Dr. Samsuri menyambut baik hasratnya dan suami.

Hasil tindakan tersebut, pasangan dari Semenyih, Selangor itu dipilih oleh Pavilion Terengganu sebagai peserta bertuah dan memenangi percutian tiga hari dua malam di Pulau Redang.

"Alhamdulillah atas rezeki ini. Terima kasih Pavilion Terengganu kerana memilih kami sebagai pemenang," katanya.

Beliau turut menganggapnya sebagai kegembiraan berganda apabila Dr. Samsuri sendiri menyampaikan hadiah berkenaan.


Tag: