Terengganu Tarik Pelaburan RM3.1 Bilion Melalui ECERDC, Jana Lebih 5,000 Kerja
KUALA TERENGGANU, 9 Jun – Jumlah hasil tangkapan nelayan pantai di Terengganu meningkat sebanyak 10 peratus sejak Januari sehingga April tahun ini impak program melabuh tukun tiruan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, peningkatan tersebut menunjukkan petanda positif terhadap aktiviti melabuh tukun.
“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta setahun manakala kerajaan persekutuan pula sebanyak RM200,000 hingga RM300,000 setahun.
“Bot rampasan Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan juga ada yang ditenggelamkan selain kerjasama kerajaan negeri dengan pihak PETRONAS dalam program ‘Rig-to-Reef’ untuk tenggelamkan pelantar-pelantar minyak yang telah dinyahtauliah bagi dijadikan tukun,” katanya dalam sidang media selepas Program Melabuh Bot Rampasan Nelayan Asing di Perairan Pulau Kapas hari ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa peningkatan hasil laut juga mengakibatkan harga ikan di pasaran masih rendah dan mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat.
“Pengarah Perikanan membuat tinjauan di jeti LKIM (lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) Pulau Kambing dan mendapati harga ikan sangat rendah.
“Ikan aya (tongkol), selayang, kembung dan selar ini ikan rakyat, Alhamdulillah masih berada pada paras bawah RM10,” ujarnya.