• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Turun Padang Dengar Luahan Peniaga Burger

BESUT, 7 Disember -“Banyak cerita dan luahan yang saya dengar daripada peniaga burger. Pertemuan dengan lima gerai peniaga burger di sekitar kampung Pengkalan Nyireh dan Seberang Kastam banyak memberi maklumat kepada saya mengenai kesukaran mereka mencari rezeki ketika ini," ujar Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.

Katanya, beliau turun ke bawah bagi mendapat maklumat dan mengenal pasti masalah peniaga supaya dapat dapat bantu untuk meningkatkan hasil jualan mereka.

"Banyak cadangan yang saya terima oleh peniaga-peniaga yang kita santuni itu. Tambahan pula ramai yang memberikan komen positif dalam siaran langsung yang dibuat dilaman sosial saya dengan hasrat saya dapat teruskan lagi santuni peniaga lain di kampung-kampung lain.

"Pihak kerajaan negeri sentiasa membantu serta memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan keselesaan dan keperluan rakyat diutamakan disaat peniaga memerlukan bantuan. Sempat saya jelaskan beberapa perkara mengenai bantuan kerajaan negeri yang sedia ada," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan para peniaga yang berjuang mencari nafkah demi keluarga dimurahkan rezeki dan dilimpahkan rahmat daripada Allah SWT.  

"Terima kasih kepada rombongan bermotor yang turut terlibat bagi menjayakan program santuni peniaga burger," ujarnya.

 


Tag: