• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Turun Padang Sampaikan Sumbangan

BESUT, 3 Mac - Bagi menyampaikan sendiri bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Pegawai Penyelaras DUN (Dewan Undangan Negeri) Kuala Besut, Azbi Salleh turun padang dengan bermotosikal menyampaikan bantuan tersebut.

Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM100 seorang kepada penduduk yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Beliau bersama Pemuda PAS DUN Kuala Besut berkonvoi masuk ke kampung-kampung untuk menyampaikan sendiri bantuan kepada 40 penduduk terpilih bagi setiap Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Kuala Besut.

Katanya, bantuan ini bagi meringakan beban mereka yang terjejas sepanjang tempoh PKP berlangsung.

“Walaupun bantuan ini tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada rakyat yang berada dalam kesusahan.

“Sebelum ini kita menyampaikan bantuan dalam bentuk makanan keperluan, tetapi kali ini kita menyampaikan dalam bentuk wang ringgit pula”, ujarnya kepada pemberita.


Tag: