• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

UBSNT Berperanan Corak Belia Dan Beliawanis



Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 3 September- Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu (UBSNT) berperanan besar didalam merancang serta mencorakkan pembangunan belia dan beliawanis negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, UBSNT turut berperanan menjadi pemandu untuk belia melalui program ilmu yang berkait politik.

“Ianya bersesuaian dengan peranan golongan belia yang semakin besar berkait dengan perkara yang telah diputuskan di parlimen baru-baru ini, dimana telah menurunkan had mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun maka peranan UBSNT ini semakin penting.

"Bagi memastikan belia-belia yang berumur 18 tahun adalah mereka yang telahpun bersedia untuk mengundi dan memilih berdasarkan kepada ilmu bukan berdasarkan kepada berita-berita yang tidak benar mahupun fitnah dan sebagainya yang berlegar di media sosial," jelasnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, semasa hadir pada program kejohanan Bola Sepak yang dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Pasir Raja, kelmarin.

"Dengan diadakan beberapa siri wacana politik untuk memberikan kesedaran kepada belia

"Termasuk wacana tentamg sejarah Negeri Terengganu bagi membangkitkan perasaan kasih sayang para belia kita untuk lebih mengenali Negeri Terengganu juga mengenali para pejuang-pejuang terdahulu," jelasnya.

Seterusnya beliau mengharapkan melalui penubuhan UBSNT yang berada di bawah portfolionya akan berfungsi bagi menghidupkan setiap NGO yang wujud di Negeri Terengganu.


Tag: