• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Ujian Tanda Kasih SayangNya




Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 4 Februari- Setiap muslim perlu memohon pertolongan dan bergantung kepada Allah SWT apabila ditimpa kesulitan dalam kehidupan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, setiap ujian yang dilalui oleh kehidupan setiap orang adalah berbeza-beza.

“Ujian yang Allah datangkan adalah sebagai tanda kasih sayangNya terhadap kita sebagai hamba.

“Juga menjadi medan untuk kita muhasabah diri, agar benar-benar mendekati Allah SWT, serta memperbaiki setiap amalan untuk kesejahteraan serta keberkatan hidup di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, hari ini.

Jelasnya, tiadalah Allah menimpakan sesuatu ujian melainkan apa yang mampu dipikul  setiap hambaNya.

“Kerana itu perlu perbanyakkan istighfar apabila menerima ujian, memohon ampun diatas setiap kesalahan yang pernah dilakukan samada disedari ataupun tidak disedari di masa yang lalu.

“Daripada ujian yang menimpa diri kita beriltizam untuk benar-benar menjadi mukmin yang dikasihi Allah serta kembali mengamalkan apa yang disuruh serta meninggalkan apa yang dilarang.

"Agar benar-benar menatijahkan ketakwaan, InsyaAllah dengan demikian segala yang sulit akan dipermudahkan,” ujarnya.

Tag: