• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Umat Islam Dilarang Sambut Hari Natal

Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU, 20 Disember - Umat Islam diperingatkan agar tidak menyambut Hari Natal kerana mempunyai unsur-unsur syirik sekaligus bertentangan dengan ajaran Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sambutan Hari Natal pada 25 Disember depan melibatkan perbuatan yang mensyirikan Allah dengan mendakwa kononnya Nabi Isa adalah anak Tuhan atau satu unsur dari tiga sifat ketuhanan.

"Hari Natal akan disambut oleh penganut agama Kristian pada 25 Disember setiap tahun .Hari Natal merupakan hari kebesaran bagi penganut agama itu yang bertentangan dengan aqidah Islam.

“Mereka(Penganut Kristian) menyambut Hari Raya Krismas dengan memasukkan unsur-unsur ini benda ini dan mereka mendakwa Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan," jelas beliau.

Ustaz Muhammad Khalil berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Surau Pantai Batu Buruk di sini semalam.

Justeru katanya,ada ulama yang mendakwa gempa bumi banyak berlaku pada bulan ini.

“Ada ulama’ berpendapat perayaan atau hari kebesaran orang bukan Islam, tidak boleh diraikan oleh orang Islam kerana melibatkan pengangan dan kepercayaan agama yang salah sebaliknya ia diizinkan jika melibatkan budaya boleh diraikan”.katanya lagi.

“Sebagai contoh,perayaan Tahun Baru Cina itu budaya bukan agama tapi yang melibatkan agama,contohnya Hari Deepavali, kita tidak boleh sambut.”

Muhammad Khalil juga menyatakan perayaan ini boleh diraikan dengan kadar yang terhad dan hanya kepada orang-orang yang penting sahaja

“Ada juga ulama’ berkata demi nak merai masyarakat majmuk, maka dizinkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja dalam ruang lingkup yang sempit,” jelas beliau.



Tag: