• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Umat Islam Diminta Hayati Maal Hijrah



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah  memintaa seluruh rakyat bersatu hati, ketepikan seketika fahaman politik, perbezaan pendapat  dan bertolak ansur dalam semua pekara  sekiranya mahu benar-benar menghayati Maal Hijrah yang sebenar.

Katanya, umat Islam perlu benar-benar  menghayati maksud Maal Hijrah yang disambut pada setiap tahun di mana pada tahun ini bertemakan  Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat”. 


“Sebagai Muslim, amat penting kita menghayati tema tersebut dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Asas utamanya, umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah.

“Walaupun  berlaku kini berlakunya  peralihan  kepimpinan kerajaan,  saya memohon kepada seluruh rakyat Terengganu terus mengikat perpaduan dan mengeratkan  kesatuan ummah tanpa  mengira latarbelakang dan fahaman politik,” katanya.



Tag: