• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

UPDI Marang Anjur Bengkel 'Microsoft Excel'

Oleh : Fatimah Din 

MARANG, 19 Mac- Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Marang telah menganjurkan Bengkel 'Microsoft Excel' sebagai usaha untuk mendedahkan peserta terhadap penggunaan aplikasi komputer tersebut dengan lebih mendalam. 

Ketua Koordinator UPDI Daerah Marang, Mohd Fauzi Mat Adam berkata, bengkel kali ini dikhususkan kepada tenaga pengajar PASTI di seluruh Daerah Marang. 

"Harapan kita untuk melahirkan guru-guru  yang berkemahiran dan berinovatif dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dan ini kursus siri 1, nanti akan ada bengkel Excel Microsoft siri 2 untuk Tahap 2, " katanya ketika dihubungi pemberita.

Sementara itu seorang peserta, Noriah Koter, 60, memuji bengkel yang diadakan dapat memberi pendedahan kepadanya dan rakan-rakan dalam memperkasakan lagi pengajaran di PASTI. 

" Memang molek kursus ini diadakan, sikit-sikit sahaja saya boleh buat dulu, tapi masuk kelas dapat ilmu lebih lagi", ujarnya.

Bengkel yang diadakan pada 16 Mac di pejabat PAS Kawasan Marang di sini  telah dihadiri  seramai 41 orang peserta. 

Manakala  Zubaidah Ghani yang teruja dengan ilmu baharu yang dipelajari merakamkan ucapan terima kasih kepada mentor yang menunjuk ajar pada hari itu, Supervisor Information Technology Team, Afifah Razak. 

"Dari  jauh datang, dari Negeri Johor untuk memberi tunjuk ajar kepada kami semua, semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu ini sebaiknya," katanya.


Tag: