• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Usahawan Cili Ajak Anak Muda Jadi Petani

BESUT, 3 Mac -"Bidang pertanian ini merupakan satu profesion yang menyediakan peluang yang sangat besar kepada mereka yang menyertainya dan ianya wajib diceburi oleh belia yang inginkan kebebasan hidup," ujar usahawan cili fertigasi di Hulu Besut, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir.

Wan Abdullah,34, berkata, pada awal permulaan menceburi bidang tersebut tiga tahun lalu, dia hanya menanam sebanyak 1,000 polibag sahaja tetapi kini telah bertambah kepada 7,000 pokok.

"Alhamdulillah selama dalam bidang ini, saya mendapat pendapatan yang lumayan tetapi perlulah bersungguh- sungguh bagi membuahkan hasil yang baik"

"Saya ingin menyeru kepada belia yang tidak lagi mempunyai pekerjaan, beranikan diri terjun ke  bidang ini kerana dapat menjamin masa depan yang lebih baik, Insyaallah," ujarnya kepada pemberita.

Katanya, sektor pertanian kini tidak sama seperti dahulu kerana sekarang ianya menjadi antara profesion pilihan.

"Tambahan pula, tahun 2021 merupakan tahun pertanian bagi Negeri Terengganu, justeru rebutlah peluang ini kerana pelbagai bentuk bantuan dana yang disediakan oleh Kerajaan dan sangat rugi jika tidak memafaatkan peluang yang sudah disediakan," ujarnya.


Tag: