Pelita Raya Terengganu Bawa Pulangan Pelaburan Lebih RM400,000
Vaksin Lengkap : Aktiviti Pelancongan Dalam Negeri Dibenarkan
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan homestay dan hotel.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun kelonggaran tersebut hanya bagi individu yang sudah mendapat suntikan vaksin lengkap di seluruh negara.
"Pengusaha homestay dan hotel perlu memastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap," tegasnya dalam satu kenyataan, petang tadi.
Individu yang sudah mendapat suntikan vaksin lengkap di seluruh negara, bakal menikmati beberapa kelonggaran, berkuat kuasa Selasa ini.