MARANG, 12 Disember - Kebajikan rakyat akan tetap menjadi keutamaan walaupun kewangan negeri terbatas dan royalti petroleum milik Terengganu masih dinafikan.
ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dengan tegas menyatakan komitmen untuk berlaku adil selama masih diberi amanah oleh rakyat.
"Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah saya cuba lakukan yang terbaik dan berlaku adil tanpa mengira warna politik, bangsa dan agama.
"Situasi kewangan Terengganu masih menunggu royalti petroleum sebanyak lebih RM1 bilion lagi.
"Meskipun dihadapkan dengan cabaran kekangan kewangan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan," jelasnya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Komuniti Bukit Parit.
Sulaiman membangkitkan kesedaran akan kepentingan prinsip adil dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Dalam tumpuan yang lain beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua 25 orang pelajar dan pihak yang menyumbang.