• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

Wang Pencen Rakyat Tanda Keprihatinan Kerajaan

MARANG, 16 Ferbruari - Kerajaan Negeri dibawah pimpinan PAS memperkenalkan Wang Pencen Rakyat Terengganu setelah mengambil alih pentadbiran yang lalu sebagai tanda keprihatinan kepada warga emas.

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu (Hal Ehwal Bukan Islam), Dr. G. Balachandran berkata, Pencen Rakyat Terengganu adalah perkara baru dan tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu. 

"Satu-satunya perkara yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini adalah pemberian pencen kepada warga emas ini.

"Ianya akan berterusan sekiranya rakyat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang," katanya ketika berucap di Majlis Perayaan Sambutan Tahun Baru Cina di Wakaf Tapai, baru-baru ini.


Tag: