• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Wanita Tionghua Terharu Ibu Tunggal Dihargai

DUNGUN, 14 November - Seorang wanita berbangsa Tionghua melahirkan rasa terharu kerana Kerajaan Negeri Terengganu begitu menghargai golongan ibu tunggal seperti ibunya melalui pemberian bantuan untuk ibu tunggal.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang ingatkan orang tua, hargai 'single mom' ( ibu tunggal) macam mak saya," ujar Chow See Wee, 47, dengan nada terharu. 

Wee ditemui ketika menemani ibunya di Dewan Arena Merdeka di sini semalam. 

Sementara itu seorang penerima pencen rakyat, Mohd Ali Mohamad, 75 bersyukur dengan rezeki di hari tuanya yang kini tidak mempunyai pendapatan. 

"Pak Cik buat macam-macam kerja masa muda, tapi tak dok pencen, sebab kerja swasta, bersyukurlah kepada Allah dengan kerajaan yang memberi tidak kira fahaman politik, semoga kerajaan ini kekallah," ujarnya yang tinggal di Seberang Pintasan. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun yang berucap merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pencen Rakyat, Ibu Tunggal dan OKU itu berkata kerajaan Terengganu tidak pernah menyisihkan setiap golongan yang menjadi rakyatnya. 

"Hari ini seramai 574  orang penerima bantuan  terdiri daripada 369  orang menerima Pencen Rakyat, 153 orang ibu tunggal dan 52 orang Orang Kelainan Upaya(OKU), guna lah sebaiknya sumbangan tanda keprihatinan kerajaan itu," katanya. 


Tag: