HULU TERENGGANU, 29 Julai – Sebuah rumah milik warga emas musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Payang Kayu tengahari ini.
Pemilik rumah, Sidek Salam, 71, berkata isteri dan anak berjaya keluar daripada rumah dan menyelamatkan diri selepas menyedari api mula marak di bahagian tengah rumah.

"Tak sempat buat apa-apa. Api cepat sangat marak dan terus membakar rumah," katanya.
Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Berang yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi sebelum berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.