• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Warga SMASID Gembira Dapat Van Baharu

DUNGUN, 17 Mac – Warga Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASID) meluahkan rasa gembira selepas menerima van baharu untuk aktiviti seharian mereka.

Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, hasil permohonan yang dibuat oleh PIBG untuk memudahkan urusan terutamanya ketika pandemik Covid-19, ia sudah menemui kata putus.

"Dengan pengunaan ini dapat memudahkan pelajar untuk ke klinik kesihatan ketika pandemik yang masih ada buat masa ini.

"Proses permohonan memakan sedikit masa akibat berdepan dengan PKP dan beberapa prosedur yang diambil bagi memudahkan kerja. Ia juga ekoran Van yang diminta hendaklah memenuhi speksfikasi yang mendalam dan ciri-ciri keselamatan yang lengkap untuk para pelajar," katanya ketika ditemui media di SMASID.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Dato’ Indera Nik Nasaruddin Mohd Zawawi, Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu, Pengetua Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) Ustaz Haji Mohd Sabri Ali.

 


Tag: