• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Waspada, Hujan Lebat Berterusan

KUALA TERENGGANU, 23 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di seluruh Terengganu.

Kenyataan itu memaklumkan, hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok.

Manakala di Kelantan, daerah Kota Bharu, Bachok, Machang, Kuala Krai dan Pasir Puteh juga mengalami cuaca sama. 

Kenyataan terbabit turut mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada bagi Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah

Amaran cuaca peringkat waspada itu turut membabitkan beberapa daerah di Pahang iaitu, Bera, Jerantut, Temerloh dan Rompin.

 


Tag: