• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

YADIM Santuni Masyarakat Asli Kuala Sayap

BESUT 28, Februari - seramai 10 keluarga orang asli di kampung Kuala sayap,menerima sumbangan kit ibadah Dan barangan keperluan asas, menerusi program musawadah COVID-19 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah ( YADIM) Terengganu.

Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin berkata, program yang diadakan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan penghayatan menunaikan solat dikalangan warga orang asli.

"Masyarakat orang asli perlu mendapat sokongan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup Islam yang syumul dan juga membantu mereka supaya lebih berminat untuk belajar tentang Islam disamping dapat meningkatkan lagi ibadah dengan sempurna disamping meringankan tekanan kehidupan," ujarnya.

Beliau turut menasihatkan agar mereka menunaikan ibadah dengan lebih bersungguh kerana Allah tidak menilai seseorang hamba dari segi kekayaan dan kedudukan tetapi menilai sejauh mana ketakwaan hambanya.

"Solat itu tiang agama serta kunci kejayaan dunia mahupun akhirat," ujarnya.

Katanya, semua masyarakat diharap dapat bersama YADIM dalam berdakwah dan berlumba kearah kebaikan.

"Kepada mereka yang ingin membantu golongan yang memerlukan boleh menghubungi YADIM untuk menghulurkan bantuan dan sebagainya," ujar beliau.

 


Tag: