• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

15 Rumah Rosak di Hulu Besut Dipukul Ribut Dapat Perhatian Segera

Hulu Besut, 30 Mei - Sebanyak 15 buah terjejas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut akibat dipukul ribut yang melanda kawasan itu semalam, telah mendapat perhatian daripada pimpinan setempat untuk tindakan segera.

Antara rumah yang terlibat terletak di Kampung Felda Tenang membabitkan dua buah rumah, Felda Tenang Selatan 11 buah rumah dan di Kampung Batu 13 sebanyak dua buah rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin berkata kejadian berlaku dengan begitu pantas hanya dalam setengah ja mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk diterbangkan angin kuat dan sebahagian dinding rosak terkena batang pokok yang terbalik.

"Setelah meninjau ke tempat kejadian, kita telah berhubung dengan pihak JPKK berkenaan supaya mengenal pasti kerosakan yang dialami, untuk menghantar barang diperlukan bagi membaiki kerosakan rumah tersebut dengan kadar segera," ujarnya.

 


Tag: