lightning-solid
Berita :
250 Apron, Kurma Untuk Peniaga Bazar Terbesar Kuala Nerus
250 Apron, Kurma Untuk Peniaga Bazar Terbesar Kuala Nerus
Muhamad Fazlee Aziz
17 jam yang lepas
294

Oleh:Nurul Natasha Surin

KUALA NERUS, 2 Mac – Seramai 250 peniaga menerima apron dan kotak kurma dalam satu program sumbangan yang diadakan di Bazar Ramadan Gong Badak, petang semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada para peniaga yang gigih menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

Bazar Ramadan di Gong Badak itu merupakan antara yang terbesar di Kuala Nerus dengan penyertaan ratusan peniaga serta menjadi tumpuan utama penduduk setempat mendapatkan juadah berbuka puasa.

Beliau turut menasihatkan para peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan, kualiti makanan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi memastikan suasana bazar kekal selamat dan teratur.


Tag :

Artikel Berkaitan