• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

511 Sukarelawan JKM Aktif Di Terengganu

MARANG, 29 November - Terengganu merekodkan seramai 511 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang aktif di negeri ini ketika ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sukarelawan dalam pelbagai bidang amat diperlukan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Ramai sukarelawan diperlukan untuk bersama-sama memastikan kebajikan rakyat terjaga dimana setiap daerah seluruh negara disasarkan dapat mencapai 100 orang sukarelawan baru.

“Kita juga amat mengalu-alukan golongan profesional termasuk doktor, kaunselor dan sebagainya untuk tampil bersama dalam kerja-kerja sukarela ini kerana kepakaran mereka amat diperlukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Mula Kerja (Kick Off) Kembara Prihatin Negara Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu di Pusat Khidmat Setempat (OKU) Sungai Kerak, disini hari ini.

Justeru katanya, untuk menampung khidmat sukarelawan dengan keluasan daerah yang ada di Terengganu ini, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pembabitan masyarakat terhadap kerja sukarelawan.

Sempena program tersebut, Siti Zailah turut menyantuni warga emas di Rumah Sejahtera Taman Bahagia Bukit Payong dan mengadakan ziarah kebajikan dengan menyampaikan barangan keperluan kepada penerima terpilih. 


Tag: