• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

61 Kanak-Kanak Lelaki Sertai Program Khatan Beramai-Ramai DUN Kemasik

 Ir Saiful Azmi Suhaili menyembur air pili bomba kepada kanak-kanak sebelum berkhatan.

Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN 6 Disember – Seramai 61 kanak-kanak lelaki diraikan dalam Majlis Khatan Perdana Beramai-ramai Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik di di Balai Raya Rumah Murah Kemasik, di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata program ini merupakan program sulung dianjurkan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kemasik dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rumah Murah Kemasik.

“Program khatan merupakan salah satu program terbesar di kampung-kampung pada suatu ketika dahulu dan saya berharap agar dapat menghidupkan kembali peristiwa tersebut.

"Dalam masa program sebegini dapat menyatukan masyarakat, kita juga dapat menjadikan satu peristiwa manis yang dapat dikenang terutamanya kepada anak-anak kita," katanya ketika merasmikan Program Khatan Perdana DUN Kemasik.


Hadir sama, Jawatankuasa MPKK Rumah Murah Kemasik, Pekan Kemasik serta Pasukan Bomba Kerteh.

Katanya, majlis seperti ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat khususnya ibu bapa kerana membantu meringankan beban yang perlu ditanggung oleh mereka.




Tag: