• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

70 Asnaf Terima Sumbangan Banjir


Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 17 Disember- Seramai 70 orang asnaf di daerah ini yang terjejas banjir menerima sumbangan beras disampaikan Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor di Perkarangan Masjid Kampung La.

Menurut  Dr. Riduan, selain asnaf  di Kampung La, sumbangan keperluan dapur itu turut diagihkan kepada asnaf dari Kampung Panchor dan Kampung Berangan, Hulu Besut.

“Hujan yang berlarutan sejak seminggu lalu menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya banjir di kawasan Hulu Besut ini yang selalu dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh.

"Kita akan memastikan semua penduduk yang layak akan menerima bantuan sepatutnya tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan kepada penduduk kampung terbabit, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Majlis Hulu Besut, Razak Laboh dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari ketiga-tiga kampung tersebut.



Tag: