• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

ADUN Paka Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Satiful Bahari menyampaikan sumbangan kepada Yusuf Awang
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ( Model Pembangunan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang dirangka berteraskan tiga dasar, tujuh prinsip, sembilan strategi, lima bidang utama, sepuluh program induk, enam sasaran dan tiga teras pelaksanaan adalah bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030.
Di sebalik PITAS 2030 yang berfalsafah untuk membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah, logo  Terengganu Maju Berkat Sejahtera dicipta bagi menggambarkan keseluruhan sasaran pembangunan itu.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyampaikan ucapan di Majlis Ucap Negeri, di Wisma Darul Iman, pada Selasa lalu menerangkan gambaran sebalik logo berkenaan, iaitu warna hitam putih digunakan sebagai simbolik warna rasmi Negeri Terengganu, manakala hijau pula melambangkan warna universal untuk Islam.
“Bangunan pula melambang kemajuan duniawi, masjid adalah lambang pembangunan modal insan, pokok pula menunjukkan Terengganu sebagai negeri pesisir pantai. Malah kita mempunyai pantai terpanjang di Malaysia dan keunikan tersendiri. Manakala corak batik melambangkan seni warisan negeri Terengganu. Betapa kita menghargai kewujudan pelbagai sektor yang ada di Terengganu (terutama produk Industri Kecil dan Sederhana).
“Motif bulan dan bintang pula melambangkan bendera Negeri Terengganu. Bentuk logo bulat pula membawa maksud kepada permuafakatan, persefahaman dan kerjasama di antara kita dalam menggerakkan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera,” ulas beliau lagi.
Ahmad Samsuri dalam ucapannya juga menyeru dan mengajak semua pegawai tadbir untuk bersama beliau berganding bahu sebagai satu pasukan bagi menjayakan PITAS 2030 dengan meletakkan kesejahteraan negeri serta rakyat Terengganu sebagai keutamaan dan `mardhatillah’ menjadi matlamat semua.
  ADUN ) Paka menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang mangsa kebakaran, Yusuf Awang , 60,  yang kediamannya musnah dalam kejadian kebakaran pada bulan Jun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat berkata, sumbangan tersebut disampaikan  melalui kutipan yang dilakukan oleh orang ramai di kawasan Bandar Paka melalui Tabung Markas Ihsan yang diwujudkan bagi membantu penduduk yang memerlukan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga sudah meluluskan bantuan sebanyak RM25 ribu melalui Tabung Darul Iman untuk membina semula kediaman yang musnah dalam kebakaran tersebut dan kerja - kerja pembinaannya akan dilakukan dalam masa yang terdekat.

"Kita berharap kerja - kerja pembinaan dapat disiapkan dengan kadar segera agar mangsa dapat kembali menetap di kediamannya dan usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan orang ramai amatlah dihargai," katanya.


Satiful Bahari ditemui selepas menyampaikan sumbangan RM10 ribu kepada mangsa kebakaran tersebut melalui Tabung Markas Ihsan di Felda Kerteh 3,Kemaman, semalam.

Dalam kejadian pada bulan Ramadhan lalu, kediaman yang didiami oleh Yusuf bersama tiga ahli keluarganya yang lain musnah keseluruhannya.

Sementara itu Yusuf ketika ditemui berkata, kejadian tersebut berlaku pada waktu tengahari dan dia berada di rumahnya sebelum terdengar bunyi letupan kecil di bahagian tepi rumah.

"Saya ingatkan budak-budak bermain mercun di rumah sebelah kerana mereka selalu bermain disitu namun saya berasa pelik kerana terbau seperti ada benda yang terbakar dan bila saya pergi melihat di dalam bilik, saya lihat api sudah menjadi besar, katanya.

Yusuf cuba memadamkan kebakaran itu namun tidak berjaya sebelum membawa keluar barangan yang penting dan tidak dapat memasuki semula rumahnya kerana kebakaran semakin merebak.

"Saya bersyukur kesemua ahli keluarga saya terselamat dalam kejadian tersebut dan sedih juga kerana banyak barangan berharga tidak dapat diselamatkan"katanya.

Dia turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu dalam meringankan beban yang ditanggungnya di dalam kejadian tersebut.


Tag: