• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Ajakan Isteri Bawa Tuah

DUNGUN, 29 Mei - Kehadirannya hanyalah sekadar menunai ajakan isteri, tetapi tidak menyangka permintaan isteri itu akhirnya membawa tuah setelah berjaya memenangi sebuah kereta Perodua Axia 1.0G (AT). 

Mohamad Farid Ali, 38, pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah sempena  Sambutan Ulangtahun 70 Tahun PAS Peringkat Kawasan Dungun tidak menduga namanya diumumkan setelah penerima pertama tidak muncul.

"Selepas nama pertama diumumkan tiga kali, saya telah mengajak isteri dan anak saya untuk balik tiba-tiba saya dengar nama saya dipanggil," kata ayah kepada seorang anak perempuan itu.

Farid ditemui di tapak program tersebut di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin di sini semalam. 

Sambutan tersebut diadakan bermula 26 Mei  telah berjaya menarik kehadiran ramai warga Dungun di setiap acara yang diadakan dan  malam terakhir semalam menyaksikan  lebih 10,000 orang membanjiri tapak berkenaan. 

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli telah menyampaikan replika kunci kereta sebagai simbolik kepada Farid sambil disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan  Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman. 

Beliau yang berterima kasih kepada PAS Kawasan Dungun yang telah mengadakan program tersebut sehingga dia berpeluang memiliki kereta baharu. 

"Terimakasih banyak-banyak juga kepada Ustaz Wan Hassan da Cikgu Wan Hapandi," katanya yang merupakan pengundi di DUN Sura. 


Tag:

Artikel Berkaitan