• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

ARC Besut Bantu Hantar Bantuan Persekolahan



Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 16 Disember – Kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) Besut mengambil inisiatif membantu kerajaan negeri dengan menghantar barangan Dana Bantuan Persekolahan Sesi 2019 ke pusat-pusat pengagihan yang ditetapkan bagi daerah itu.

Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata, alat kelengkapan seperti pakaian, kasut serta beg sekolah telah selesai dihantar ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Besut.

“Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

“ARC Besut ditugaskan untuk mengangkat serta mengagihkan barangan persekolahan mengikut DUN yang terdapat dalam daerah Besut.

“Kami selaku tenaga belia akan sentiasa membantu serta melancarkan usaha kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat,” ujarnya kepada pemberita selepas menghantar bantuan persekolahan tersebut di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, baru-baru ini.


Mohd Jali berkata, barangan bantuan persekolahan di Daerah Besut akan mula diagihkan Isnin ini (17 Disember) yang membabitkan hampir 16,538 penerima.

Katanya, beliau mengharapkan proses pengagihan bantuan persekolahan kepada mereka yang layak itu akan berjalan dengan lancar.

Tag: