• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Aslan Warrior Juara Piala Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir

KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Pasukan Aslan Warrior FC mewakili Rejimen Askar Melayu Diraja;(RAMD) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini semalam.

Dalam aksi akhir itu, Aslan WarrioFC menewaskan Seberang Takir Pantai dengan jaringan 2-1.

​​​Selaku juara, Aslan Warrior membawa pulang hadiah berupa wang tunai serta medal.

Pengurus pasukan, Mohamad Hafiz, 32, berkata, tempoh sebulan yang diberi bermula Februari  sehingga akhir malam ini memang singkat untuk mempersiapkan pasukan.

“Bulan Mei nanti kami akan menyertai pasukan askar melayu dan ini adalah pendedahan buat pemain.

“Perlawanan kedua-dua pasukan malam ni sangat baik, tidak ada berat sebelah dan semua menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab yang ditemui selepas perlawanan berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Aslan Warrior FC daripada RAMD kerana telah menjuarai kejohanan pada kali ini.

“Kepada pasukan Seberang Takir Pantai FC jangan hampa dan cuba lagi pada tahun akan datang dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan perlawanan mala mini.

“Paling penting kita mahu melihat anak muda bersama kita dalam memajukan sukan untuk negara dan masyarakat amnya serta mengeratkan ukhwah antara kita,” katanya


Tag: