• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Azizulhasni Raih Pingat Emas Kelima Negara

Foto: Bernama.
JAKARTA - Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang meraih pingat emas kelima buat kontijen Malaysia setelah memenangi acara pecut individu lelaki dalam saingan Sukan Asia 2018, kelmarin (29 Ogos).

'The Pocket Rocketman' menepati ramalan apabila menewaskan pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia.

Pingat emas itu merupakan yang pertama dimenangi beliau di Sukan Asia dalam acara tersebut.

Pingat gangsa pula dimenangi pelumba Korea Selatan, Im Chea-bin yang menewaskan seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom dalam penentuan tempat ketiga.


Tag: