• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Dekatkan Anak Muda Dengan Masjid

DUNGUN, 27 Ogos- Program Kembara Merdeka Anak Muda Cinta Masjid yang dianjurkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi baru-baru ini bertujuan mendekatkan anak muda dengan institusi berkenaan.

Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata melalui program tersebut, seramai 100 penyertaan daripada belia telah diraikan minat mereka terhadap motor dengan menjelajah setiap masjid terpilih.

"Diantara masjid dipilih berkenaan ialah masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Masjid Jongok Batu, Masjid Kuala Jengai, seterusnya ke Masjid Kampung Tepus, Masjid Jerangau dan kembali semula ke Dataran Piramid. Dimana pada setiap masjid yang mereka singgah itu dijadikan 'check point' untuk mereka menjawab soalan pertandingan kuiz dimana mereka perlu melengkapkan kelima-lima 'check point' tersebut.

"Selain itu para peserta turut didedahkan dengan tatacara Solat Sunat Dhuha serta fadilatnya, dan juga tazkirah ringkas waktu zohor, menaikkan Jalur Gemilang di Jambatan Kuala Jengai serta turut diadakan aktiviti kebajikan membersihkan Masjid Kampung Tepus dan melakukan ziarah kebajikan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pihak media, di Dataran Piramid Bukit Besi, selepas program tersebut.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS). Khaziman Khalik, Pegawai Khas DUN Bukit Besi, Waliyuddin Johari serta Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff.

Program berkenaan katanya dianjurkan sempena sambutan Maal Hijrah dan juga hampir pada sambutan kemerdekaan negara.

"Dengan objektif menyedarkan anak muda akan bertapa pentingnya peristiwa hijrah dan juga kemerdekaan negara, agar mereka (anak muda) mula mengorak langkah baru didalam kehidupan mereka, berhijrah dari perkara negatif kepada positif dengan membina sahsiah diri dan pentingnya semangat mencintai negara," tegas beliau.

Tambah beliau, dengan sambutan baik yang ditunjukkan oleh anak muda DUN Bukit Besi pihaknya berhasrat untuk meneruskan program berkenaan bagi menjadi tarikan agar menerima lebih ramai lagi penyertaan pada masa akan datang.

"Bermakna tidak akan terhenti disini sahaja, malah kita akan melakukan penambahbaikan pada masa akan datang. Alhamdulillah semua peserta dilihat sangat gembira dengan aktiviti yang telah kita anjurkan ini,Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Jawatankuasa (AJK) setiap masjid dan seluruh pihak yanng terlibat " kata beliau.

Diantara pengisian program di samping hadiah cabutan bertuah, telah turut diadakan gimik membelah kek bagi meraikan anak muda yang mempunyai taikh lahir pada bulan Ogos.

 


Tag: