• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Dspex FC Raih RM3,000

Oleh : Muhammad Afiq Fahmi Ahmad Faris

DUNGUN, 22 November - Pasukan Dspex FC telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala Moonson Tertutup Dungun di Padang Arena Merdeka selepas berjaya menundukkan lawannya dari pasukan Kubey FC dengan kemenangan 1-0.

Dengan kemenangan itu, Dspex FC berjaya membawa pulang wang tunai RM 3,000 beserta medal, tempat kedua (Kubey FC) RM 1,500 dan medal. Manakala tempat ketiga milik bersama Astaka FC dan Galok FC membawa pulang  RM 500.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir kelmarin (20 November) melibatkan 36 pasukan bertanding.

Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli, berkata penganjuran kejohanan kali pertama selepas kebenaran rentas negeri

Katanya  program itu sangat sesuai dilaksanakan bagi mengisi masa lapang golongan belia di mana sebelum ini dilarang untuk berbuat demikian.

“Tanpa disedari, anak – anak muda menjadi gembira sesama mereka dan menjauhi diri dari gejala – gejala yang tidak sihat.

“Walaupun kehidupan anak muda dipenuhi dengan pengisian  pelajaran dan kerjaya, saya nasihatkan  agar sertailah program seumpama ini yang pastinya akan bertambah sihat dan cergas,”katanya

 


Tag: