• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

ExxonMobil Serah Sumbangan Kepada JPBN

KUALA TERENGGANU, 16 Disember-ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (ExxonMobil) terus menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya dengan menyerahkan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Majlis penyerahan sumbangan berupa bantuan kit kesihatan mengandungi facemask dan hand sanitizer itu telah berlangsung di Wisma Darul Iman hari ini.

Pada majlis itu, ExxonMobil yang diwakili Pengurus Besar Hal Ehwal Awam Dan Kerajaan, Sukiman Mohamed telah menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat sebelum disampaikan kepada wakil Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) iaitu Timbalan Pengarah (Perubatan) JKNT, Dr Saifur Rahman.

Hanafiah berkata, bagi pihak kerajaan negeri beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ExxonMobil yang sentiasa menunaikan CSR termasuk ketika COVID-19 dan musim tengkujuh melanda negeri ini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak ExxonMobil dan diharapkan syarikat ini akan terus berkembang dengan maju lagi agar lebih ramai yang dapat manfaat,” ujarnya.

 


Tag: