• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Frontliner COVID-19 Terus Disantuni- Dr. Khairuddin

Oleh : Qatadah Zakaria/Syahida Mohd

KUALA NERUS, 28 Januari - Seramai 46 orang petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin Institut Perguruan Dato' Razali, Batu Rakit, Kuala Nerus menerima sumbangan bekalan makanan daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Setiausaha Politik beliau, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin berkata Sekretariat Parlimen Kuala Nerus akan berusaha menjaga kebajikan petugas hadapan yang telah bertungkus lumus menyumbang tenaga dalam membantu pesakit Covid-19 di daerah tersebut.

 

 

 

"Angkatan Pertahanan Awam dan Pegawai Kesihatan serta petugas hadapan banyak membantu pihak kita dalam memastikan kebajikan pesakit.

"Peranan mereka juga sangat membantu mengekang penularan covid 19 dari terus merebak, " ujar beliau yang mewakili Dr, Mohd Khairuddin.

Dalam masa yang sama, Dr. Khairuddin yang dihubungi turut  menyatakan kebimbangan beliau berkenaan peningkatan kes positif di daerah Kuala Nerus serta keadaan rakyat yang terkesan akibat pandemik. 

"Kita berharap rakyat dapat bersabar dengan ujian yang melanda serta memberi kerjasama dan sokongan sebaiknya buat semua pihak. 

"Bantuan berbentuk beras, minyak masak dan tepung gandum telah disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus sebagai bantuan sokongan kepada rakyat Kuala Nerus,"ujar beliau.

Justeru itu katanya, mereka yang terkesan boleh berhubung terus kepada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Nerus ataupun merujuk kepada Penyelaras DUN masing-masing. 


Tag: