• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Gagal Patuhi Penjarakan Fizikal Punca Kes Meningkat

KUALA NERUS, 25 Januari - Sikap segelintir masyarakat yang tidak mengendahkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi salah satu  punca peningkatan kes COVID-19 di Terengganu.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab berkata,  antara faktornya adalah tidak mematuhi arahan penjarakan sosial yang sepatutnya.

"Walaupun sektor ekonomi dibuka oleh MKN tetapi penjarakan fizikal harus dipatuhi.

"Ini bagi memastikan rantaian wabak pandemik itu dapat diputuskan sekaligus mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut," katanya.

Beliau yang juga dalam tempoh kuarantin kendiri di rumahnya turut menasihati orang ramai khususnya warga Seberang Takir tidak mengambil kesempatan diatas pembukaan sektor ekonomi dengan bersesak-sesak dalam pada satu-satu masa.

"Jaga diri kita dan elakkan duduk bersesak, pilih waktu yang terbaik jika terpaksa keluar termasuk mematuhi arahan dari MKN," ujar beliau.

Tambahnya lagi, dengan peningkatan angka sejak dua hari yang lalu boleh menyebabkan banyak sektor akan ditutup termasuk sesi persekolahan.

Terdahulu katanya, beberapa buah sekolah di Terengganu diarahkan tutup ekoran terdapat kluster baru dikesan.


Tag: