• 18 Mei 2024 | 10 Zulkaedah 1445

GENERASI Berperanan Sebagai ‘Orang Tengah’


Oleh: Adli Mohamad

HULU TERENGGANU, 17 Februari- Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) berperanan penting sebagai ‘orang tengah’ atau perantara kerajaan dan rakyat khususnya warga Felda.

Pengerusi GENERASI Terengganu, Naraza Muda berkata, perlu bagi NGO berkenaan diperkuat serta diperkasakan bagi membolehkan usaha membantu warga Felda termasuk isu-isu yang membelenggu golongan itu seperti pemilikan tanah dan perumahan berjalan lancar.

“GENERASI merupakan sebuah NGO yang berfungsi menjadi pendesak di kawasan Felda di seluruh negara dan NGO inilah juga berperanan mendesak wakil rakyat untuk menyelesaikan isu yang membelenggu warga Felda.

" Termasuklah isu-isu tanah dan perumahan. Tanpa pertubuhan payah nak sepakat sebulat suara bagi menyuarakan isu-isu tanah yang berkaitan dengan Felda," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Secawan Teh Bersama GENERASI Terengganu, di Dewan MPKK Bukit Bading, kelmarin.

Nazara berkata, antara kejayaan GENERASI menjadi pendesak adalah semasa Pilihanraya Kecil di Parlimen Rompin yang memiliki kawasan 14 kawasan Felda.

Tag: