• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Geng Plastik Ija Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Penat lelah Geng Plastik Ija (GPI) mengadakan program 'kutip sampah' saban minggu bersama agensi-agensi kerajaan, sekolah dan swasta diiktiraf selepas menerima penghargaan di peringkat antarabangsa.

Ketua GPI Kuala Terengganu, Dr Mohd Ariff Hafizi Fouzi berkata, GPI terpilih mewakili Malaysia mengetuai program permbersihan 'Plogging Bersama AKRAB KPWKM Bersama Geng Plastik Ija dan IPPTAR ' sempena  International Symposium Global Trade of Solid Waste. 

"Simposium antarabangsa yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di negara USA, Malaysia, Mexico, Ecuador dan Jepun dan dan sekolah yang terpilih adalah Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER)," ujarnya kepada UPDI. Dr Ariff berkata demikian ketika ditemui selepas program selama dua hari iaitu 23 dan 24 Jun yang diadakan di kawasan bermula dari pantai sekitar KTCC sehingga ke benteng pemecah ombak di Dataran Drawbridge. 

Beliau turut gembira dengan peningkatan penglibatan agensi-agensi kerajaan yang menunjukkan kesedaran dalam aktiviti menjaga alam sekitar itu. 

"Program ini juga mendapat kerjasama Cafeteria Culture yang berpengkalan di New York USA serta pasukan AKRAB LPPKN, Kementerian Wanita, Keluarga dan masyarakat dari ibu pejabat di Putrajaya, CIMB Bank Kuala Terengganu, Green Ranger UMT, dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur.

"Keseluruhan jumlah kutipan sampah yang didapati adalah satu tan sampah dengan sekitar seribu botol plastik dikutip sepanjang program dua hari tersebut," ujarnya lagi.

Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah itu juga turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar Majlis Perbandaran Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dengan menubuhkan 'Clean up Comittee' untuk memastikan kawasan pesisir Pantai Kuala Terengganu terjaga.


Tag: