lightning-solid
Berita :
'Group Whatsapp Kecoh' 200 Keluarga Taman Murni Uda Tok Jembal Kembali Banjir
'Group Whatsapp Kecoh' 200 Keluarga Taman Murni Uda Tok Jembal Kembali Banjir
Adli Mohamad
28 Nov 25
6315

KUALA NERUS, 28 November - Kumpulan Whatsapp penduduk Taman Uda Tok Jembal yang membabitkan 200 keluarga kecoh pada pagi ini apabila kawasan perumahan mereka kembali banjir tidak seperti tahun lalu. 

Seorang penduduk Wan Efadiah Wan Hamid, 34, berkata, dia dan suaminya Mohamad Zulfitri Mustapha, 34, melihat kumpulan WhatsApp mula kecoh dengan amaran banjir namun dia masih mengambil sikap bertenang kerana pada waktu itu sekitar rumahnya tidak dinaiki air sebagaimana penduduk yang berada di kawasan belakang perumahan terbabit.

"Saya sekeluarga beserta seorang anak hanya berpindah kira-kira jam 10 pagi apabila rumah kami juga dinaiki air setelah hujan tidak berhenti sejak jam tiga pagi.

"Kawasan sini mula dinaiki air, kecoh dalam 'group whatsapp' selepas subuh setelah jiran-jiran yang berada di blok belakang memaklumkan kawasan perumahan kami mula dinaiki air selepas solat subuh," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini selepas mereka sekeluarga berpindah ke Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal.

IMG-20251128-WA0185.jpg 53.66 KB

Mengulas lebih lanjut katanya, beliau sekeluarga ambil tindakan bersama penduduk yang lain pergi sendiri ke PPS kerana berdekatan dengan kawasan perumahan terbabit.

"Alhamdulillah keadaan terkawal, kerana situasi ini telah biasa dihadapi dan dialami sejak tinggal di sini pada tahun 2016, hanya tahun lepas sahaja yang tidak banjir.

"Terjadinya banjir pada tahun ini, walapun telah ada persediaan yang cukup rapi dari pihak tertentu sebelum banjir namun kerana adanya banyak perumahan baru yang dibangunkan di kawasan ini beserta dengan taburan hujan yang agak tinggi mungkin itu menjadi faktor selain berpunda dari sistem perparitan serta kawasan yang rendah," ujarnya. 


Tag :

Utama

Artikel Berkaitan