• 26 Nov 2020 | 10 Rabiul Akhir 1442

Hanafiah Rai 597 Jururawat

Oleh: Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 14 Mei - Seramai 597 orang jururawat yang bertugas di seluruh Kemaman melibatkan jururawat di Hospital Besar Kemaman, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa diraikan, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat turut menyampaikan kek dan cenderahati untuk diagihkan kepada semua jururawat.

Katanya, ia bertujuan meraikan mereka yang juga barisan hadapan dalam perjuangan membendung wabak COVID-19 seiring sambutan Hari Jururawat 2020 yang disambut pada 12 Mei.

"Hari ini saya hadir sebagai tanda menghargai kecaknaan, komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi oleh seluruh jururawat.

"Mereka telah menghabiskan banyak waktu di hospital setiap hari bagi merawat serta melayani kerenah pesakit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan semua jururawat di Hospital Besar Kemaman dan Klinik Kesihatan Batu 2 1/2.

"Bertugaslah dengan ikhlas kerana Allah SWT dan saya mendoakan agar semua diberikan ganjaran serta kebaikan di atas segala yang telah mereka kerjakan," ujarnya lagi.


Tag: